January 17, 2012

berikanlah aku kepastian ... beginikah berakhirnya cinta

Kadang hati kita rasakan amat dekat pada seseorang, tapi sebenarnya dirinya semakin menjauh dalam satu kisah cerita yang kita tidak tahu.. Walau setiap nafasnya mampu kita dengar, tapi hatinya tiada ruang untuk kita selami..


Dalam kepayahan aku mengungkap
kata cinta,
Ada kemudahan kita merasai nilainya

Dalam keberangkalian kita berpisah
tanpa kepastian,
Ada kemungkinan kita menjalin
hubungan cinta yang berpanjangan

Kemungkinan juga kini kau
meminggirkan aku dalam sebahagian
hidupmu
tetapi adakah keberangkalian
sekelumit perasaan kau menerima
aku kelak untuk berkongsi kehidupan….

Adakah benar segala kemungkinan dan
keberangkalian ini?

Berikan aku kepastian…..

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya! Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya. Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”




No comments:

Post a Comment